footer

PERAHU KOLEK KELANTAN

PERAHU KOLEK KELANTAN

Memartabatkan Warisan Seni dan Tradisi Kelantan 2025.

Kelantan sememangnya kaya dengan tradisi dan warisan seni yang unik, seperti yang dapat dilihat di Kuala Pulau Gajah, Kota Bharu. Industri pembuatan bot tradisional di kawasan ini membuka pintu kepada dunia warisan yang penuh seni dan sejarah. Proses pembinaan bot yang masih mengekalkan kaedah tradisional ini dihiasi dengan sentuhan tukang mahir, di samping corak lukisan yang dihasilkan secara manual dengan penuh ketelitian. Keistimewaan ini telah menjadikan industri ini bukan sahaja sebagai sumber ekonomi kepada komuniti setempat, malah sebagai salah satu daya tarikan pelancongan yang bernilai tinggi.

Bagi menambah keunikan warisan seni Kelantan pada tahun 2025, rebana ubi tradisional turut diberi sentuhan baharu. Corak dan warna yang memikat telah diperkenalkan untuk memelihara pesona seni ini sambil memberi tarikan kepada generasi baharu. Langkah ini bukan sahaja menyuntik elemen moden dalam tradisi, tetapi juga membantu memastikan kelangsungan warisan ini.

Semoga usaha-usaha pemeliharaan seni dan tradisi ini terus berkembang, sekali gus menjadikan seni dan budaya sebagai nadi kepada visi Indahnya Kelantan 2025.

Image
TEKAN IMEJ UNTUK BESARKAN 
© 2025 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan