NAMA             : MOHD ZAKI BIN ISMAIL

                                                                                                     JAWATAN       : KETUA PENOLONG SETIAUSAHA

                                                                                                     EMAIL             :   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                                                                                                     NO TEL            :   09-7485534

                                                                                                     FAKS               :   09-7486652

 
Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan penuh amanah dan tanggungjawab sebagai peneraju pelancongan & kebudayaan di negeri kelantan akan memberikan perkhidmatan terbaik mengikut Enakmen Kawalan Hiburan Dan Tempat - Tempat Hiburan 1998 berdasarkan kepada piagam seperti berikut:

 

  1. Membuat Bancian Dan Menganalisa Data Kemasukan Pelancong 1 Bulan Sekali
  2. Mengadakan Program Kebudayaan Dan Kesenian Di Gelanggang Seni Sebanyak 3 Kali Seminggu
  3. Memproses Permohonan Penyewaan Gelanggang Seni
  4. Memproses Permohonan Brosur Dalam Masa 3 Hari Dari Tarikh Permohonan Diterima

Perkembangan pesat sektor pelancongan telah diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengambil alih Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) mula 01.04.1994 daripada Pengurusan Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK). Keputusan ini dibuat di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke 6/94 yang bersidang pada 20.03.1994.

 

Pengambilalihan ini memandangkan tiada ada agensi kerajaan Negeri yang diberi tanggungjawab khusus bagi mengendalikan pengurusan mengenai Pelancongan, Kebudayaan & Sukan. Keadaan ini menimbulkan kerumitan kepada pelaksanaan dan penyelarasan.

 

Sebelum ini TIC telah diberi tanggungjawap di dalam aktiviti-aktiviti pelancongan sahaja iaitu mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakan pelancongan anjuran kerajaan negeri dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan. Pusat Penerangan Pelancongan juga diberi tugas mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakan di luar-luar negeri.

 

Mulai 01.01.1995 apabila Pusat Penerangan Pelancongan telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri ianya dikenali sebagai Bahagian Pelancongan & Kebudayaan dan dipertanggungjawapkan kepada Timbalan SUK (Pembangunan).

 

Semenjak perstrukturan semula perjawatan oleh Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 1/1/2004. Bahagian Pelancongan & Kebudayaan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan). TIC bertanggungjawap pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan.

AM

Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Juga bertanggugjawab pada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam perkara berkaitan kebudayaan dan pelancongan.

 

PELANCONGAN

Meningkatkan kehadiran pelancongan dalam dan luar negara ke Negeri Kelantan. Sasaran tahunan adalah seramai 4.8 juta oragn pelancong. Menjadikan Kelantan satu destinasi unik pilihan pelancong dengan memfokuskan kepada variasi budaya masyarakat tempatan dan dari segi cara hidup, makanan, permainan tradisi, keugamaan dan keindahan alam.

 

KEBUDAYAAN

Menghidupkan, menyuburkan dan mempopularkan kebudayaan rakyat Kelantan agar tidak hilang dan terus kekal diwarisi oleh generasi terkini. Menyediakan pewaris pada pengamal kebudayaan Kelantan. Menjadikan kebudayaan Melayu sebagai tarikan utama pelancong ke Negeri Kelantan

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan