Pengarah
- Super User
- Kategori (ms-my)
- Jumlah paparan: 6243
NAMA : NIK MOHAMAD FAHMI BIN NIK DAUD
JAWATAN : PENGARAH
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
NO TEL : 09-7485534
FAKS : 09-7486652
Wayang Kulit
- Super User
- Kategori (ms-my)
- Jumlah paparan: 6740
Wayang Kulit - Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Kelantan, biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung-patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan. Kisah cerita dalam permainan wayang kulit asalnya dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu dan Kampung Sri Tunjong, Tumpat.
Wau
- Super User
- Kategori (ms-my)
- Jumlah paparan: 5710
Wau - Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan. Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai. Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi, wau kucing, wau merak, wau bulan dan lain-lain lagi. Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.
Songket
- Super User
- Kategori (ms-my)
- Jumlah paparan: 4365
Songket - Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai “Cloth of Gold”. Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut sebarang perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.
Exco Pelancongan Negeri Kelantan
- Super User
- Kategori (ms-my)
- Jumlah paparan: 5758
YB Datuk Kamarudin Bin Md Nor
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan