footer

 

Previous Next

Batik - Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik kerana batik merupakan pakaian tradisi bagi penduduk Kelantan. Tempat yang terkenal dengan perusahaan membuat batik antaranya yang dijalankan di Kampung Kota, Kampung Puteh dan Kampung Badang di Kota Bharu. Pengunjung boleh melawat kilang menghasilkan batik dan melihat sendiri keseluruhan proses penghasilkan batik.

{phocagallery view=switchimage|basicimageid=241|switchheight=180|switchwidth=300|switchfixedsize=0}

Gasing - Gasing merupakan salah satu hiburan tradisi rakyat Kelantan. Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Kelantan iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah. Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau, paksinya dibuat daripada besi dan kepalanya pula dibuat daripada tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik. Manakala Gasing Pangkah diperbuat daripada kayu keranji. Di dalam pertandingan, gasing yang berpusing lebih lama akan dianggap pemenang. Tempat yang terkenal dalam penghasilan produk permainan traidisional ini ialah di Kampung Gertak Kechupu di Kota Bharu, Kampung Kubang Telaga di Bachok, Kampung Berlian Kok Pasir dan Kampung Ana Jal Besar di Tumpat.

 

VISI

Menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri tarikan pelancongan yang berkesan dengan memberi penumpuan khusus kepada industri pelancongan kebudayaan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan sosio-ekonomi bagi rakyat negeri Kelantan selaras dengan gelaran sebagai gedung budaya.

 

MISI

Merangka, merancang, menyusun dan menganjurkan program-program yang berkesan untuk menarik seramai mungkin pelancong domestik dan antarabangsa melalui pakej pelancongan, persembahan permainan tradisional dan seni budaya negeri Kelantan secara berterusan sepanjang tahun.

 PENGENALAN

Bahagian Pelancongan & Kebudayaan turut dikenali sebagai Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1995. Pentadbiran ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. TIC diketuai seorang Ketua Penolong Setiausaha Gred N48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. TIC bertanggungjawab pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan.

 

OBJEKTIF
  • Objektif utama Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan adalah untuk menarik kedatangan pelancong sama ada dalam ataupun luar negara datang ke Negeri Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun.
 
  • Selain itu, objektif organisasi ini juga  adalah untuk melaksanakan program-program penggalakan pelancongan secara sepanjang tahun.
 
  • Seterusnya mempromosikan pelancongan Negeri Kelantan ke luar negeri sama ada tempatan dan antarabangsa.
 
  • Juga memastikan identiti dan kebudayaan melayu dikekalkan dan diperindahkan agar ianya tidak dilupakan dan dapat diminati oleh pelancong yang datang.
© 2025 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan