footer

 

AM

Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Juga bertanggugjawab pada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam perkara berkaitan kebudayaan dan pelancongan.

 

PELANCONGAN

Meningkatkan kehadiran pelancongan dalam dan luar negara ke Negeri Kelantan. Sasaran tahunan adalah seramai 4.8 juta oragn pelancong. Menjadikan Kelantan satu destinasi unik pilihan pelancong dengan memfokuskan kepada variasi budaya masyarakat tempatan dan dari segi cara hidup, makanan, permainan tradisi, keugamaan dan keindahan alam.

 

KEBUDAYAAN

Menghidupkan, menyuburkan dan mempopularkan kebudayaan rakyat Kelantan agar tidak hilang dan terus kekal diwarisi oleh generasi terkini. Menyediakan pewaris pada pengamal kebudayaan Kelantan. Menjadikan kebudayaan Melayu sebagai tarikan utama pelancong ke Negeri Kelantan

Dikir Barat - Dikir barat terkenal di Kelantan. Biasanya terdiri dari sepuluh hingga dua puluh orang ahli. Ianya dipersembahkan secara solo dan berkumpulan yang menyanyi, bertepuk tangan tangan, juga badan dan pergerakan tangan secara serentak, diiringi dengan alatan muzik tradisional. Watak utama dalam persembahan adalah Tok Juara dan Tukang Karut sebagai penyanyi utama.

 

Seni Silat Tari - Seni mempertahankan diri bagi masyarakat melayu warisan paling berharga yang mana persembahannya diwarnai dengan kepelbagaian seni dan bunga tarinya. Perkataan silat itu sendiri menunjukan kesinambungan seni mempertahankan diri dengan ketangkasan dan kelembutan dalam pergerakan silat yang biasanya, dipersembahkan dalam majlis keramaian dan diiringi oleh paluan gendang tradisional dan keunikan alunan tiupan serunai.

Congkak - Dipercayai bermula perkataan ‘congak’ yang bermaksud pengiraan menggunakan minda. Congkak mempunyai 14 lubang dan dibahagi kepada dua bahagian menjadi tujuh setiap bahagian dan ditambah satu lubang yang besar dikenali sebagai kampung untuk dua pemain.

Sepak Bulu Ayam - Permainan ini dimainkan denga membuat bulatan dan biasanya pemain akan menggunkan kaki, buku lali dan kepala untuk bermain serta mengagih-agihkan kepada pemain yang lain dalam bulatan.

© 2025 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan