VISI

Menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri tarikan pelancongan yang berkesan dengan memberi penumpuan khusus kepada industri pelancongan kebudayaan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan sosio-ekonomi bagi rakyat negeri Kelantan selaras dengan gelaran sebagai gedung budaya.

 

MISI

Merangka, merancang, menyusun dan menganjurkan program-program yang berkesan untuk menarik seramai mungkin pelancong domestik dan antarabangsa melalui pakej pelancongan, persembahan permainan tradisional dan seni budaya negeri Kelantan secara berterusan sepanjang tahun.

 PENGENALAN

Bahagian Pelancongan & Kebudayaan turut dikenali sebagai Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1995. Pentadbiran ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. TIC diketuai seorang Ketua Penolong Setiausaha Gred N48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. TIC bertanggungjawab pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan.

 

OBJEKTIF
  • Objektif utama Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan adalah untuk menarik kedatangan pelancong sama ada dalam ataupun luar negara datang ke Negeri Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun.
 
  • Selain itu, objektif organisasi ini juga  adalah untuk melaksanakan program-program penggalakan pelancongan secara sepanjang tahun.
 
  • Seterusnya mempromosikan pelancongan Negeri Kelantan ke luar negeri sama ada tempatan dan antarabangsa.
 
  • Juga memastikan identiti dan kebudayaan melayu dikekalkan dan diperindahkan agar ianya tidak dilupakan dan dapat diminati oleh pelancong yang datang.

1. Am
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan , Kerajaan Negeri Kelantan. Juga bertanggungjawab pada Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam perkara berkaitan kebudayaan dan pelancongan.


2. Pelancongan

Meningkatkan kehadiran pelancong  dalam dan luar negara ke Negeri Kelantan. Sasaran tahunan adalah seramai 4.8 juta orang pelancong. Menjadikan Kelantan satu destinasi unik pilihan pelancong dengan memfokuskan kepada variasi budaya masyarakat tempatan dari segi cara hidup, makanan, permainan tradisi, keugamaan dan keindahan alam. 

3. Kebudayaan

Menghidupkan, menyuburkan dan mempopularkan kebudayaan rakyat Kelantan agar tidak hilang dan terus kekal diwarisi oleh generasi kini. Menyediakan pewaris pada pengamal kebudayaan Kelantan. Menjadikan kebudayaan Melayu sebagai tarikan utama pelancong ke Negeri Kelantan.

 

                                                                           

                                                                                                      NAMA             : MOHD ZAKI BIN ISMAIL

                                                                                                     JAWATAN       : KETUA PENOLONG SETIAUSAHA

                                                                                                     EMAIL             :   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                                                                                                     NO TEL            :   09-7485534

                                                                                                     FAKS               :   09-7486652

Perkembangan pesat sektor pelancongan telah diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk mengambil alih Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) mula 01.04.1994 daripada Pengurusan Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK). Keputusan ini dibuat di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke 6/94 yang bersidang pada 20.03.1994.

 

Pengambilalihan ini memandangkan tiada ada agensi kerajaan Negeri yang diberi tanggungjawab khusus bagi mengendalikan pengurusan mengenai Pelancongan, Kebudayaan & Sukan. Keadaan ini menimbulkan kerumitan kepada pelaksanaan dan penyelarasan.

 

Sebelum ini TIC telah diberi tanggungjawap di dalam aktiviti-aktiviti pelancongan sahaja iaitu mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakan pelancongan anjuran kerajaan negeri dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan. Pusat Penerangan Pelancongan juga diberi tugas mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakan di luar-luar negeri.

 

Mulai 01.01.1995 apabila Pusat Penerangan Pelancongan telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri ianya dikenali sebagai Bahagian Pelancongan & Kebudayaan dan dipertanggungjawapkan kepada Timbalan SUK (Pembangunan).

 

Semenjak perstrukturan semula perjawatan oleh Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 1/1/2004. Bahagian Pelancongan & Kebudayaan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan). TIC bertanggungjawap pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan