Previous Next

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Rantau Panjang - Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra dan merupakan masjid pertama berkonsepkan cina di negeri ini. Ia merupakan reka bentuk yang unik yang menggabungkan arkitek cina dan islam yang menyamai Masjid Neujie di Beijing yang berusia lebih 1000 tahun. Ciri-ciri masjid ini menyentuh konsep kaum india dan Uzbekistan yang mana turut dimasukkan ke dalam reka bentuk dalaman masjid ini. Selain itu , masjid ini mempunyai dua tingkat yang utama, bahagian pertama terletak di bahagian bawah masjid dengan adanya kemudahan seperti dewan, perpustakaan, taman permainan kanank-kanak dan bazaar. Sementara tingkat kedua merupakan dewan solat utama dan bilik VIP.

 

Lokasi Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan