RM12.8 JUTA DIPERUNTUKKAN KEMPEN KELANTANKU BERSIH 2024

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan 12.8 Juta bagi tahun 2024 dalam merancakkan serta memupuk semangat semua lapisan masyarakat untuk menjaga kebersihan negeri ini. Dasar Kelantanku Bersih yang telah dilancarkan pada tahun lepas telah dijadikan panduan serta ditambah baik bagi memastikan tahap kesedaran rakyat dalam menjaga kebersihan dapat dipertingkatkan. Peruntukan sebanyak 12.8 Juta ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam merancakkan aktiviti kebersihan sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024). Photobook Kelantanku Bersih telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana.

 

Dapatkan maklumat-maklumat menarik tentang tempat-tempat pelancongan di Negeri Kelantan dengan menekan link yang disediakan atau boleh mengimbas QR kod yang disediakan.

https://drive.google.com/file/d/1RRuhhKNU_vilm66G8vTMw56zFPY32Kte/view


    

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan