MAJLIS PELANCARAN TAHUN MELAWAT KELANTAN 2024
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) di Stadium Sultan Muhammad IV yang telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Dengan menggunakan tema Food, Family & Festival pastinya Kelantan akan menjadi tumpuan pelancong kerana selain mempunyai makanan yang sedap, Kelantan juga sesuai untuk dijadikan pilihan percutian bersama keluarga kerana turut menyediakan hiburan, seni budaya dan warisan masyarakat tempatan selain menyediakan program bertaraf antarabangsa.
Kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan sebanyak 3.3 juta bagi merancakkan program Tahun Melawat Kelantan serta mampu untuk menjadi pemacu utama dalam ekonomi masyarakat setempat. Melalui usaha ini, diharapkan Kelantan akan menjadi pilihan dan destinasi utama pelancong serta mampu untuk mencapai sasaran 10 juta pelancong ke negeri ini.