SAMBUTAN PELANCONG DI LAPANGAN TERBANG KOTA BHARU
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah mengadakan sambutan pelancong di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Sambutan ini diadakan untuk menyambut kedatangan pelancong dari luar Kelantan yang datang ke Kelantan. Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) pastinya menjanjikan kelainan apabila Kelantan yang kaya dengan kebudayaan dan makanan pastinya menjadi pilihan pelancong untuk datang bercuti ke sini sekaligus akan menjana ekonomi masayrakat setempat.
Turut hadir bersama YB Datuk Kamaruddin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan dan YB Zameri bin Mat Nawang selaku Timbalan Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan.