HIMPUNAN SENI & BUDAYA KELANTAN

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah Himpunan Seni & Budaya Kelantan bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 14 dan 15 Julai 2023.

Program ini telah menghimpunkan persembahan alat muzik tradisional seperti Rebana Ubi, Kertok Kelapa, Gendang 24 Musim, Gedombak Siam, Gendang India serta banyak lagi untuk dipertontonkan.

Persembahan kebudayaan seperti dikir barat, wayang kulit dan nyanyian turut sama memeriahkan Himpunan Seni & Budaya Kelantan kali ini yang mana telah menerima sambutan yang luar biasa dari warga Kelantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdullah bin Ya’kub, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama dalam majlis perasmian penutup ialah YB Mej. (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan.

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan