SILAT JATUH JAJAHAN TUMPAT

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat dan Pertubuhan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak) telah mengadakan Pertandingan Seni Silat Jatuh Jajahan Tumpat di Pata Ndo pada 17 Mac 2023 (Jumaat).

Pertandingan kali ini menampilkan 5 regu dan kehadiran pengunjung adalah seramai sekitar 1,000 orang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama adalah Ketua Jajahan Tumpat Tuan Haji Rusydee bin Haji Abdullah.

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan