BANTUAN PENARIK BECA (SIRI 1)

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Program Bantuan Sara Hidup Penarik Beca (Siri 1) bagi tahun 2023 yang telah diadakan di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan pada 11 April 2023.

Bantuan khas ini disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman ini telah melibatkan kira-kira 17  penarik beca yang telah berdaftar dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Inisiatif dari Kerajaan Negeri ini dibuat dua kali setahun dan ini adalah sumbangan kali pertama bagi tahun 2023. Setiap penarik beca akan menerima RM 600 yang merupakan duit tunai serta bantuan dalam bentuk barangan dapur yang bernilai RM 150.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan