Ramadan@Kelantan 2022 “KELANTAN DI HATI”

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Majlis Ramadan@Kelantan2022 “Kelantan Di Hati” yang telah diadakan di H Elite Design Hotel pada 31 Mac 2022.

Perasmian kali ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Ini merupakan simbolik kepada Madinah Ramadan yang bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan kali ini, pihak Kerajaan Negeri telah berkerjasama dengan beberapa hotel yang terpilih untuk menyediakan kenderaan kepada pelancong yang ingin menunaikan solat terawih berjemaah di Madinah Ramadan. Selain kenderaan, pihak Kerajaan Negeri turut menyediakan pemandu pelancong untuk membantu pelancong yang ingin merasai suasana  Madinah Ramadan serta berkongsi maklumat tentang tempat menarik dan tarikan lain yang terdapat di Kelantan. Pelancong tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana perkhidmatan yang disediakan ini adalah percuma sepanjang bulan Ramadan.

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan