Majlis Penyampaian Kitab Al-Quran

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Majlis Penyampaian Kitab Al-Quran Kepada Premis Penginapan Pelancongan Negeri Kelantan yang telah diadakan di Dewan Bunga Teratai (SUK KELANTAN) pada 11 April 2022.

Penyampaian kali ini telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman dan turut hadir Atase Agama di Kedutaan Diraja Arab Saudi Kuala Lumpur, Syeikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robian. Sebanyak 10 Hotel yang terlibat pada penyampaian kali ini. Kitab Al-Quran yang disampaikan ini mempunyai terjemahan Bahasa Melayu, China dan Bahasa English. Sebanyak 1,500 kitab Al-Quran akan diedarkan termasuk Bajet Hotel adalah untuk kegunaan pelancong yang datang ke Kelantan.

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan