Malam Warisan Dikir Barat Kelantan 2021

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Malam Warisan Dikir Barat Kelantan 2021 pada 25 Disember 2021 bertempat di H Elite Hotel dengan tema pakaian ‘Busana Kita Warisan Kita’.

Malam Warisan Dikir Barat Kelantan 2021 ini telah disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman. Pada malam ni pihak urus setia Pertandingan Warisan Dikir Barat Kelantan 2021 telah menjemput 3 pasukan Terbaik untuk acara ‘Buka Panggung’ dan 3 pasukan Terbaik untuk acara ‘Dikir Barat’.

Selain persembahan itu, pihak urus setia juga menyediakan persersembahan Tribute untuk 3 lagenda dikir barat iaitu Megat Nordin, Daud Bukit Abal & Zaidi Buluh Perindu yang disampaikan oleh anak-anak mereka. Persembahan dari artis jemputan juga tidak kurang hebatnya dengan persembahan dari Tuan Kob Raja Saring, Ramli Raja Laut, Mail Anak Kala dan Radin Mas Uji.

Pada Malam Warisan Dikir Barat Kelantan 2021 juga akan diumumkan pemenang Pertandingan Warisan Dikir Barat Kelantan 2021 dengan keputusan dari pihak juri telah diletakan dihadapan pentas sejak dari awal lagi. Kerjasama daripada penonton mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur telah menjadikan Malam Warisan Dikir Barat Kelantan 2021 berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan