KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Program Bantuan Khas Covid-19 Kepada Penggiat Seni yang diadakan di Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan, Kota Bharu pada 22-25 Ogos 2021.
Bantuan khas ini disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman yang telah melibatkan kira-kira 400 penerima bantuan. Meraka adalah penggiat seni yang berdaftar dengan Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan dan bergerak aktif sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia.
Bantuan ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha membantu penggiat seni yang terjejas akibat masalah Covid-19 yang melanda Negeri Kelantan. Bentuk bantuan yang diberikan adalah seperti bakul makan dan bantuan wang tunai.