Previous Next

Festival Makanan Kelantan 2020

FESTIVAL MAKANAN KELANTAN

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program ‘Festival Makanan Kelantan’ pada 20 – 22 Februari 2020 (Khamis & Sabtu) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Ini adalah merupakan program yang telah dirangka dan dimasukan dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Kelantan (TMK 2020). Dengan menggunakan tema 3F (Family, Food & Festival) bagi TMK 2020, program ini bukan sahaja menyediakan pelbagai aneka makanan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi tupe malah pelbagai jenis kuih-muih dan manisan Kelantan.

Disamping pengunjung mendapatkan pelbagai pilihan makanan yang disediakan, mereka juga disajikan dengan pelbagai persembahan yang telah diaturkan seperti Pertunjukan Seni Silat Tari, Dikir Barat, Pertunjukan Wayang Kulit, Pertandingan Mewarna dan Cabutan Bertuah kepada pengunjung yang datang,.

Lebih meriah apabila beca pelancongan turut disediakan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman menaiki beca dan dibawa mengelilingi kawasan stadium dan kawasan sekitar stadium. Program kali ini turut memperkenalkan rakan strategic seperti Adabi, MyCar, Odermakan, Persatuan Pemandu Pelancong, Hotel Bajet dan banyak lagi.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan