Previous Next

Festival Seni Silat Pantai Timur 2019

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Persatuan Silat Waris yang berlangsung pada 7 Disember 2019.

Festival kali ini telah menerima penyertaan dari 10 pertubuhan silat dalam Negeri Kelantan dan 3 pertubuhan silat jemputan daripada Terengganu, Pahang dan Selangor. Pelbagai program telah diadakan seperti Pertandingan Seni Silat Jatuh, Perarakan, Pertunjukan Silat dan banyak lagi sempena Festival  Seni Silat Waris Pantai Timur 2019.

Majlis Perasmian Festival Seni Silat Pantai Timur 2019 telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan di Gelanggang Seni, Kota Bharu

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan