KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pertubuhan Gabungan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (Setanjak) telah menganjurkan Pertandingan Seni Silat Jatuh sempena Festival Seni Silat Pantai Timur 2019 yang bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad (IV), Kota Bharu, Kelantan.
Pertandingan yang diadakan pada 6 Disember 2019 (Jumaat) pada jam 9.00 malam telah mendapat sambutan yang luar biasa apabila pengunjung yang hadir adalah sekitar 5,000 orang. Pertandingan silat kali ini telah menampilkan 8 orang pesilat muda dan 2 orang pesilat veteran.
Ternyata aksi yang ditampikan oleh pesilat muda dan veteran adalah tidak mengecewakan apabila telah mendapat tepukan gemuruh untuk setiap aksi yang dipersembahkan. Majlis penutup telah disempurkan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan.