KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah mengadakan Program Soft-Launch Tahun Melawat Kelantan 2020 bertempat Perkarangan Kota Sultan Ismail Petra (Dataran Rehal) pada 28 November 2019.
Bertemakan “Family, Food & Festival”, Tahun Melawat Kelantan 2020 dijangkan mendapat sambutan yang luar biasa dari pelancong kerana Negeri Kelantan terkenal dengan kawujudan masjid yang cantik dan menarik, kaya dengan alam semulajadi seperti kawasan perkelahan, air terjun, pantai dan tempat membeli-belah yang banyak pilihan kepada pelancong yang datang melancong ke negeri ini.
Majlis Perasmian Soft-Launch Tahun Melawat Kelantan 2020 telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan di Dataran Rehal Kota Bharu.