KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menganjurkan 'Joyful Malaysia With Kelantan 2019’ yang bermula 9 – 24 November 2019.
Program yang berlangsung setiap Sabtu & Ahad ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pelancong domestik dan antarabangsa. Para pengunjung yang hadir telah disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan tradisional negeri Kelantan antaranya Persembahan Seni Silat Tari, Persembahan Tarian JKKN, Dikir Barat, Demonstrasi Pembuatan Wau, Wayang Kulit, Mencanting Batik, Pameran Hotel-Hotel Kelantan dan Pameran Batik Tradisional Kelantan.