Previous Next

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2019

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Majlis Pelayang Malaysia, Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Tumpat telah menganjurkan Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2019 pada 29 - 31 Ogos 2019 (Khamis - Sabtu) bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan.

Penglibatan penyertaan antarabangsa pada tahun 2019 ini melibatkan 30 orang peserta terdiri dari 15 buah Negara iaitu Norway, German, Australia, Brunei, Indonesia, Korea, New Zealand, Scotland, Sweden, Thailand, Jepun, Korea, USA, Cambodia dan China. Manakala penyertaan peserta dalam keseluruhan acara dijangkakan melebihi 250 peserta.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2019 telah disempurnakan oleh.YB Dato’ Haji Hassan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Turut hadir YM Dato’ Haji Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan)

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan