Previous Next

Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir/Terkukur Asean Kelantan 2019

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan telah menganjurkan Pertandingan Seni Suara Burung Ketitir Kelantan pada 16 & 17 Ogos 2019 (Jumaat - Sabtu) bertempat di Gelanggang Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Penglibatan penyertaan antarabangsa dan tempatan pada tahun 2019 ini melibatkan 300 orang peserta terdiri dari 6 buah Negara iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand. Ternyata sambutan yang amat luar biasa apabila ramai penggemar suara burung dating memberikan sokongan.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Dato’ Haji Hasan bin Mohamood, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Turut hadir Konsul Jeneral Thailand, Mongkol Sinsomboon.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan