Previous Next

Kelantan International Lion Dance Festival 2019

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program ‘Kelantan International Lion Dance Festival 2019’ pada 22 April 2019 (Isnin)  bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.

Pada program anjuran kali ini, seramai 10 pasukan telah menyertai festival kali ini. 7 pasukan adalah dari Malaysia, 2 pasukan adalah dari China dan 1 pasukan lagi dari Australia. Pelbagai jenis persembahan tarian singa telah dipersembahkan dan setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang hadir.

Majlis Perasmian KACF 2019 telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama ialah Yang Berbahagia Dato’ Oie Poh Choong, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan. Turut berkenan mencemar duli ialah Tengku Mahkota Kelantan, Dr  Tengku Muhammad Faiz Petra bersama isteri iaitu Cik Sofie Louise Johansson.

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan