Previous Next

Kelantan Central Market 2019

Kelantan Cultural Showcase @ Central Market

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program ‘Kelantan Cultural Showcase @ Central Market’ pada 13 & 14 April 2019 (Sabtu & Ahad) bertempat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Tujuan program ini dianjurkan adalah bagi memperkenalkan produk pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Bagi program ‘Kelantan Cultural Showcase @ Central Market’ kali ini persembahan kebudayaan yang ditampilkan kepada pelancong yang hadir adalah seperti Persembahan Seni Silat Tari, Wayang Kulit, Rebana Ubi, Kertok, Dikir Barat Gasing Uri dan Tarian Tradisional. Di samping persembahan kebudayaan turut dipersembahkan secara langsung adalah keunikan demonstrasi pembuatan Wau, Batik, Keris dan Wayang Kulit.

Program yang berjalan selama 2 hari ini telah mendapat sambutan yang baik dari pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Penganjuran program ini adalah merupakan langkah awal Kerajaan Negeri Kelantan bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia. 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan