Previous Next

MITA FAIR 2019

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menyertai program MITA FAIR 2019 bertempat di MAEPS, SERDANG bermula pada 29 – 31 Mac 2019.

Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan produk pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa yang berada di Kuala Lumpur. Pelbagai persembahan kebudayaan ditampilkan kepada pelancong yang hadir antaranya Persembahan Seni Silat Tari, Gasing Terbang dan Wayang Kulit,. Di samping itu, turut dipersembahkan secara langsung keunikan dalam demonstrasi pembuatan Wau dan  Batik.

Majlis Perasmian MITA FAIR 2019 telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia. Mewakili Kerajaan Negeri Kelantan YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama ialah YBM Tengku Abdul Halim Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Tengku Laksamana Kelantan bersama isteri.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan