Previous Next

Kelantan Art & Cultural Festival 2019

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menganjurkan Temasya Kesenian & Kebudayaan Kelantan yang juga dikenali sebagai Kelantan Art & Culture Festival 2019 (KACF)  pada 22 hingga 24 Mac 2019 (Jumaat – Ahad) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan program yang berlangsung selama 3 hari iaitu Festival Jom Makan Makanan Kelantan, Pertandingan Dam Aji, Persembahan Silat Tari, Rebana Ubi, Kertok, Tarian Singa, Pembuatan Wau, Batik, Wayang Kulit, Karnival Art Of Speed, tayangan Perdana Filem XX-Ray 3, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Karom, Pertandingan Seni Kecantikan Burung Murai Batu, Burung Candik, Ayam Serama, Ayam Hutan dan banyak lagi.

Majlis Perasmian KACF 2019 telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama ialah YBM Tengku Abdul Halim Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Tengku Laksamana Kelantan bersama isteri.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan