Jom ramai-ramai ke Festival Baruh Bachok 2025 yang bakal berlangsung pada 8 November 2025 di Baruh/Sawah Padi Kuchelong, Jelawat, Bachok! Pelbagai aktiviti tradisional menanti anda seperti belumba kereta ggalo, memancing dalam baruh, menangkap itik dan banyak lagi acara menarik yang pasti mencuit hati. Rasai keunikan budaya dan kemeriahan masyarakat tani Kelantan dalam suasana penuh warna-warni. Festival ini turut menampilkan keindahan warisan tempatan yang menjadi kebanggaan negeri. Jangan lepaskan peluang bersama keluarga dan sahabat di acara tahunan yang penuh nostalgia ini. Indahnya Kelantan, indahnya warisan kita!