Previous Next

Perkampungan Nelayan Pantai Sabak - Bot-bot nelayan yang dihias cantik dengan warna-warna yang terang adalah satu ciri keunikan negeri Kelantan. Tempat untuk melihat bot-bot nelayan ini adalah di perkampung nelayan Pantai Sabak. Kemeriahan dapat dirasai di jeti ini terutama sekali menjelang pukul 3.00 petang, apabila nelayan kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Kawasan tepi pantai bertukar menjadi pasar niaga dengan aktiviti jual-beli dan tawar menawar.

 

Lokasi Perkampungan Nelayan adalah sebagaimana berikut

Previous Next

 

Taman Kelip-Kelip, Kampung Pulau - Terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian, perjalanan sejauh 7 kilometer dan mengambil masa 40 minit dari pusat bandar Kota Bharu. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Lubok Durian sambil melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada pokok berembang sepanjang laluan sungai. Waktu terbaik melihat panorama indah cahaya kelip-kelip adalah sekitar pukul 8 hingga 11 malam terutamanya pada musim kemarau dari bulan Februari hingga Oktober. Tempat ini ditutup pada musim tengkujuh.

 

Lokasi Taman Kelip-Kelip adalah sebagaimana berikut

Page 9 of 9

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.