Previous Next

Rebana Ubi - Merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Kelantan. Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Petani, Sering, Kampung Banggol, Gelang Mas, Kampung Paloh Dan Palekbang.

 

Kertok - Permainan Kertok dahulunya digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak. Kertok diperbuat dari kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan di tengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa. Kertok dimainkan di majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri. Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan. Paluan Kertok juga mempunya lagu-lagu tertentu seperti Ropok, Anjol, Kuncah Manis dan lain-lain. Perusahaan ini terdapat di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu dan Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.

Homestay Renok Baru, Gua Musang - Kampung ini pernah dinobatkan sebagai kampong terbersih dan tercantik. Kampung ini terkenal dalam sektor pertanian dan pembiakan ikan. Aktiviti yang terdapat di sini ialah berakit di Sungai Nenggiri, merentas kawasan penempatan orang asli, berkhemah dan mandi-manda di air terjun, melawat Taman Etnobotani, Gunung Rabong dan Air Terjun Pelangi. Kampung ini terletak lebih kurang 20 minit dari Gua Musang dengan menaiki kereta.

Lokasi Homestay Renok Baru adalah sebagaimana berikut

Previous Next

Wau - Permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional di Kelantan. Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuai. Terdapat banyak jenis wau seperti wau jala budi, wau kucing, wau merak, wau bulan dan lain-lain lagi. Ianya boleh di dapati sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Page 7 of 9

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.