Homestay Pantai Suri, Tumpat - Adalah sebuah kampung pulau yang unik terletak di Tumpat. Pengunjung boleh menikmati kehidupan nelayan boleh dirasai di kampung. Jarak Pantai Suri ke Kota Bharu ialah 18 km iaitu kira-kira 45 minit dan jarak dari Tumpat ialah 10 km iaitu kira-kira 30 minit dengan menaiki bot. Tarikan utamanya adalah mengayam tikar, bermain wau, mencari belalang rusa, menyuluh ketam, mencari kelip-kelip, menyusuri sungai di kepulauan Tumpat dan sebagainya.

Lokasi Homestay Pantai Suri adalah sebagaimana berikut

Homestay Seterpa, Kota Bharu - Terletak 16 km dari Kota Bharu dan 1.5 km dari Kampung Peringat. Kampung Seterpa mendapat nama daripada perkataan ‘serepak’ (terjumpa) dalam bahasa Kelantan. Selain menikmati suasana kampung, pengunjung juga dapat melihat demostrasi membuat wau, memungut sekerap getah, mencanting batik, memarut kelapa, persembahan kebudayaan.

Lokasi Homestay Seterpa adalah sebagaimana berikut

Previous Next

Perusahaan Besi - Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas terkenal dengan pertukangan menempa senjata tradisional seperti keris, parang, badik dan sebagainya. Ianya mendapat tempahan seluruh negeri di Malaysia. Perusahaan tradisional ini merupakn warisan turun temurun.

Page 8 of 9

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.