Jeram Mengaji

 
Jeram Mengaji / Jeram Mak Nenek ini baru dibuka pada tahun 2005, dan masih dalam pembangunan. Ianya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram ini bakal dibangunkan sebagaimana Jeram Pasu dan Jeram Linang. Ianya terletak agak pedalaman dan belum diketahui oleh orang ramai. Jeram ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan riadah hujung minggu. Jeram ini akan dibangunkan sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai agar ianya dapat menjadi salah satu pusat rekreasi yang sedia ada dan dikenali umum.
 
Terletak 8 km dari Pekan Selising atau 25 km dari bandar Pasir Puteh. Pengangkutan yang boleh sampai di sini hanyalah teksi, tetapi juga disediakan bas sehingga ke Pekan Selising, tambang bas dari Pasir Puteh ke Pekan Selising RM 1.00, dan tambang teksi dari Pekan Selising ke Jeram Mengaji ialah RM 3.00 seorang manakala tambang teksi dari bandar Pasir Puteh ke Selising ialah RM 2.00 seorang.
 

Lokasi Jeram Mengaji adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.