PERAHU KOLEK KELANTAN

Image

Perahu kolek merupakan salah satu pengangkutan perahu orang Melayu. Perahu kolek biasanya hanya digunakan dalam kawasan air tenang. Ia biasanya merujuk kepada perahu kecil yang digunakan di kawasan persisiran pantai. Diantara jenis-jenis perahu kecil dalam kelompok koleh adalah perahu gelibat, kueh kecil, licung, kueh, pengail, kolek, dan kolek buatan barat.

Perahu kolek ini dibina dan didatangkan khas dari wilayah Pattani, Thailand Selatan. Pemilik dan nelayan setempat di Kelantan dikatakan sudah tiada lagi kepakaran yang mampu membina perahu kolek ini dari awal pembuatan sehingga akhir pembuatan.
Kepakaran mengecat perahu kolek juga tidak dapat menandingi hasil karya tukang cat dari wilayah Langkasuka. Perahu kolek juga dieja sebagai "Kolea" di Pattani, dikatakan mampu bertahan sehingga 30 tahun kerana ia dibuat 100% daripada kayu cengal yang terkenal dengan ketahanan terhadap suhu dan cuaca persekitaran setempat.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.