Previous Next

Danau To'Uban

Tasik Danau To 'Uban terletak di Kampung To’ Uban dalam daerah Pasir Mas merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Terletak hampir 20 kilometer dari Bandar Pasir Mas, tasik ini menyediakan permandangan yang indah dihiasi rimbunan hijau dikiri kanan memberi suasana yang penuh nyaman bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan juga aktiviti seperti perkhemahan dan perkelahan bersama keluarga.

Tasik Danau To 'Uban juga terkenal sebagai salah satu lubuk bagi penggemar sukan memancing kerana terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang membiak di dalam tasik tersebut secara semulajadi antaranya baung, talapia, kelah, lampang dan sebagainya.

 

Lokasi Danau To'Uban adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.