Bukit Kudung

Lalang's Chalet @ Bukit Kudung ' The hidden gem of Jeli, Kelantan

Satu lagi tarikan ' Eco Tourism' terbaru di negeri Kelantan. Lalang's Chalet yang terletak di Bukit Kudung, Jeli Kelantan kira kira 70km daripada Kota Bharu. Chalet ini menggunakan konsep 'Eco Tourism' dimana pelbagai aktiviti riadah disediakan untuk pengunjung.

Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan disini iaitu Balak, Lalang, dan Nipah. Nama - nama bilik ini dipilih berdasarkan bentuk bilik itu sendiri. Dewan terbuka juga disediakan yang dapat memuatkan hampir 200 orang dalam satu-satu masa.

Pengunjung dapat menjalankan aktiviti 'jungle tracking', berkelah, mandi manda di lata yang terletak bersebelahan chalet ini, BBQ , menyusuri hutan belantara menggunakan ATV dan banyak lagi.

Restoran juga terdapat disini untuk pengunjung merasai suasana makan sambil dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi yang pastinya akan memberi ketenangan kepada setiap pengunjung yang hadir.

 

 

 

 

 

 

Lokasi Lalang's Chalet adalah sebagaimana berikut

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.