Previous Next

Jeram Linang

Jeram Linang - Jeram linang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan liput air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang. Air terjun Jeram Linang setinggi 12 meter sering menjadi tumpuan untuk lokasi perkelahan. Jeram Linang terletak kira-kira 65 km daripada Kota Bharu, 15 km dari Machang (melalui jalan Machang – Wakaf Linchong) dan 10 km dari Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang). Ia merupakan desinasi yang ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan.

 

Lokasi Jeram Linang adalah sebagaimana berikut

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.