MURAL KOTA BHARU

Image
Berasal daripada perkataaan latin iaitu “murus” yang membawa maksud dinding. Mural merujuk kepada lukisan atau gambar yang dilukis pada dinding, tembok dan juga permukaan yang bersifat kekal seperti lantai. Mural dilukis dengan mempunyai nilai-nilai seni yang berbeza bergantung kepada situasi dan keadaan. Mural dihasilkan menerusi lukisan tangan dan mempunyai mesej yang tersendiri yang cuba digambarkan melalui lukisan tersebut. Mural lebih bertindak sebagai medium komunikasi, kini ia lebih menekankan gabungan karya seni untuk dijadikan penyeri dinding dalam dan luar bangunan.

Lukisan mural yang pertama di Pantai Timur telah siap sepenuhnya dengan menggunakan tema “Bersama Petugas Barisan Hadapan Menangani Wabak Covid-19, Kita Mesti Menang. Lukisan mural yang dihasilkan adalah sepanjang 80 kaki yang menggunakan pelukis tempatan sepenuhnya. Karya yang dihasilkan adalah melalui dua orang pelukis berbakat iaitu Izzat Abdul Ghani dan Muhammad Sayuti yang telah mendapat suntikan dana dari Balai Seni Negera dengan kerjasama dari MPKN-BRI. Semoga lukisan mural ini dapat menjadi produk pelancongan yang baharu serta menjadi tanda ucapan terima kasih kepada barisan hadapan yang berjuang tanpa henti dalam usaha membasmi virus Covid-19.
 
Image
© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.