Persembahan di Laman Warisan Kampung Laut adalah merupakan persembahan berkala yang diadakan setiap petang Jumaat bermula dari 6.00 Petang - 6.30 Petang. Terdapat 4 persembahan iaitu Kertok Kelapa, Seni Silat Tari, Rebana Ubi dan Dikir Barat tetapi hanya 2 persembahan yang akan diadakan setiap minggu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Laman Warisan Kampung Laut kerana selain dapat melihat seni bina Masjid Kg Laut, anda juga dapat melihat persembahan kebudayaan di sini.
Jadual Persembahan Kg Laut boleh di muat turun di sini :DOWNLOAD