Warisan Dikir Barat Kelantan 2021

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Pertandingan Warisan Dikir Barat Kelantan. Penyertaan untuk pertandingan ini adalah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap daerah di negeri Kelantan. Dengan penyertaan setiap PBT maka seramai 22 pasukan telah menyertai Pertandingan Warisan Dikir Barat Kelantan 2021 kali ini.

Pertandingan kali ini dibuat dalam bentuk rakaman kerana jangkitan virus Covid-19 dalam negeri Kelantan masih tinggi. Rakaman Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan orang ramai dari berkumpul untuk penyaksikan pertandingan yang dijalankan. Pertandingan dalam bentuk rakaman juga memudahkan pihak penganjur untuk mengawal dan menguruskan peserta yang terlibat.

Pertandingan ini telah disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman dan pertandingan ini juga telah mendapat sambutan yang luar biasa dari perserta kerana telah lama tidak menyertai pertandingan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) oleh pihak kerajaan Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.