Bantuan Penarik Beca (Siri II)

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Program Bantuan Sara Hidup Penarik Beca (Siri 2) yang telah diadakan di Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan pada 25 November 2021.

Bantuan khas ini disempurnakan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman ini telah melibatkan kira-kira 26  penarik beca yang telah berdaftar dengan Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan. Ini merupakan sambungan bantuan dari Siri 1 yang melibatkan penarik beca yang berusia 53 hingga 86 tahun yang bergerak aktif tetapi terjejas pendapatan disebabkan virus Covid-19.

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.