Pertandingan 'Soro' Serunai

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengadakan Pertandingan ‘Soro’ Serunai secara dalam talian pada 28 Julai 2021.

Pertandingan ‘Soro’ Serunai telah dirasmikan oleh YB Mej.(B) Dato’ Hj.Md. Anizam Bin Ab.Rahman ini telah telah mendapat penyertaan dari dalam serta luar Malaysia. Pertandingan ini adalah merupakan pertandingan kali pertama dianjurkan secara dalam talian memandangkan situasi Covid-19 dalam negara masih lagi mencatatkan peningkatan yang tinggi.

Untuk pertandingan kali ini, Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah berkerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk memastikan agar proses pertandingan berjalan dengan lancar. Dengan 12 orang peserta membuat persembahan, pertandingan ini telah berjaya mendapat tontonan sebanyak 17,800.

 

 

 

 

 

 

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.