KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah menganjurkan program ‘Asean Mercedes Festival 2019’ pada 13 & 14 September 2019 (Sabtu & Ahad) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.
Majlis Perasmian ASEAN MERCEDES FESTIVAL 2019 telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hariff bin Ghazali Setiausaha MPKB-BRI. Turut hadir bersama Konsol Jeneral Thailand, Mongkol Sinsomboon. Program yang dianjurkan telah mendapat penyertaan sebanyak 150 buah kereta Mercedes pelbagai generasi.