1. Am
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan , Kerajaan Negeri Kelantan. Juga bertanggungjawab pada Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam perkara berkaitan kebudayaan dan pelancongan.
2. Pelancongan
Meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke Negeri Kelantan. Sasaran tahunan adalah seramai 4.8 juta orang pelancong. Menjadikan Kelantan satu destinasi unik pilihan pelancong dengan memfokuskan kepada variasi budaya masyarakat tempatan dari segi cara hidup, makanan, permainan tradisi, keugamaan dan keindahan alam.
3. Kebudayaan
Menghidupkan, menyuburkan dan mempopularkan kebudayaan rakyat Kelantan agar tidak hilang dan terus kekal diwarisi oleh generasi kini. Menyediakan pewaris pada pengamal kebudayaan Kelantan. Menjadikan kebudayaan Melayu sebagai tarikan utama pelancong ke Negeri Kelantan.