PELANCONG DI DABONG

SAMBUTAN PELANCONG DI DABONG

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah mengadakan Sambutan Pelancong di Dabong yang bertempat di Stesen Kereta Api Dabong, Kelantan. Ini kerana daerah Dabong terus menjadi tumpuan pelancong baik dalam Malaysia mahupun dari luar Malaysia.

YB Datuk Kamaruddin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan telah hadir bagi merasmikan program sambutan kali ini. Pastinya Train to Dabong terus menjadi fenomena kerana pelbagai kenudahan terus dipertingkatkan bagi memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pelancong yang datang ke sini kerana Dabong turut memiliki alam semula jadi yang memberikan ketenangan kepada pengunjung.

Dabong juga terkenal di kalangan pendaki kerana mempunyai pemandangan yang cukup indah pada waktu matahari terbit dan terbenan dimana Gunung Stong sememangnya menjadi kegemaran para pendaki untuk bermalam di tapak Kem Baha. Bagi yang tidak suka mendaki maka boleh melawat Gua Ikan, Gua Keris, Lata Kertas dan Air Terjun Jelawang.

Image
TEKAN IMEJ UNTUK BESARKAN
© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.