SAMBUTAN KETIBAAN PENERBANGAN BATIK AIR
Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah mengadakan Sambutan Ketibaan Penerbangan Batik Air ke Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Tujuan sambutan ini diadakah adalah bagi menggalakan lagi kempen Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) yang sedang berjalan di seluruh Kelantan. Dengan ketibaan penerbangan dari syarikat Batik Air maka jumlah penerbangan ke Kelantan juga telah bertambah dan ini sekaligus meningkatkan purata penerbangan harian ke Kelantan. Maka Kelantan terus menjadi lapangan terbang yang kekal menerima jumlah penerbangan domestik antara yang tertinggi dalam Malaysia.