TELAGA TOK KENALI 3

TAPAK WARISAN ULAMAK NUSANTARA TELAGA TOK KENALI 3

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke Tapak Warisan Ulamak Nusantara Telaga Tok Kenali 3 yang berada di Pasir Tumboh, Kubang Kerian, Kelantan. YB Datuk Kamaruddin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan telah melawat Tapak Warisan Ulama Nusantara Telaga Tok Kenali (3), Pasir Tumboh dan Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah. Melalui pembentukan Pelancongan Islam, diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Kelantan. Bukan sahaja untuk melancong, malah untuk mengetahui tapak-tapak warisan dan tinggalan sejarah di bumi Tanah Rendah Sekebun Bunga ini.

Image
TEKAN IMEJ UNTUK BESARKAN
© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.