BUSINESS-TO-BUSINESS SINGAPURA

BUSINESS-TO-BUSINESS BERSAMA
AGENSI PELANCONGAN SINGAPURA

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Business-To-Business (B2B) bersama agensi pelancongan Singapura pada 29-30 Januari 2024 bertempat di Village Hotel Bugis.Turut hadir bersama YB Datuk Kamaruddin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Singapura. Pihak Tourism Malaysia Singapura sangat menggalakan program seperti ini kerana mampu membuka peluang kepada Negeri Kelantan untuk menjadi antara destinasi pilihan warga Singapura.Program kali ini pastinya mampu memberikan impak besar kerana selain pertemuan bersama agensi pelancongan Singapura, pihak National Association of Travel Agents Singapore (NATAS) turut sama-sama berbincang dan bertukar-tukar pandangan serta yakin pada potensi besar Kelantan yang akan menjadi pilihan bagi warga Singapura untuk bercuti ke Kelantan.
Image
TEKAN IMEJ UNTUK BESARKAN
© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.