FESTIVAL SENI SILAT WARIS KEBANGSAAN

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara (WARIS) telah mengadakan Festival Seni Silat Waris Kebangsaan 2023 yang berlangsung pada 2 dan 3 Jun 2023 bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu.

Festival kali ini telah menerima penyertaan dari 10 pertubuhan silat dalam Negeri Kelantan dan 4 pertubuhan silat jemputan daripada Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah. Setiap pertubuhan membuat persembahan mengikut aliran perguruan masing-masing di mana persembahan tersebut merangkumi tempur tanpa senjata, menggunakan senjata serta persembahan secara solo. Pelbagai program telah diadakan sepanjang festival berlangsung seperti jualan tanjak, keris, baju, makanan serta Pertandingan Seni Silat Jatuh ‘ Juara Antara Juara’.

Majlis Perasmian Festival Seni Silat Waris Kebangsaan 2023 telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Hj Md. Anizam Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan di Gelanggang Seni, Kota Bharu.

 

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.