FESTIVAL SILANG BUDAYA KELANTAN - PERLIS

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah mengadakan Festival Silang Budaya Negeri Kelantan dan Perlis bertempat di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Perlis pada 30 Mei hingga 01 Jun 2023.

Program Festival Silang Budaya Kelantan-Perlis adalah sebuah program yang dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai kebudayaan dan tradisi rakyat Negeri Kelantan untuk dipamerkan kepada masyarakat luar. Selain menyajikan makanan tradisional Negeri Kelantan, Festival Silang Budaya Kelantan-Perlis juga membawa alat muzik tradisional seperti Rebana Ubi, Kertok Kelapa dan Gendang Silat untuk dipertontonkan.

Pengunjung juga boleh mencuba demonstrasi seni kreatif seperti pembuatan batik, pembuatan wau dan pembuatan wayang kulit. Manakala bagi permainan rakyat seperti gasing pangkah, sepak bulu ayam dan congkak serta banyak lagi. Persembahan kebudayaan seperti dikir barat, tarian dan nyanyian turut sama memeriahkan Festival Silang Budaya Kelantan-Perlis kali ini yang mana telah menerima sambutan yang luar biasa dari warga Perlis.

Turut hadir bersama untuk merasmikan majlis perasmian penutup ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan diiringi YB Mej. (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan.

© 2019 Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Please publish modules in offcanvas position.